Selamat Melayari Blog Yang Penuh Dengan Masa Silam, Impian dan Masa Hadapan

Unik, Simple, Photo, Cerita & Memori

Tuesday, August 4, 2009

Jalan2 Ngan Tersayang


Siapa sangka kesibukan berkerja tiap-tiap minggu mendesak untuk aku pergi bercuti bersama buah hati pengarang jantung.. Dengan tekanan yang mencabar aku berulang kali, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menjejak kaki ke 'Bandar Bercahaya Paka' dan kawasan sekitarnya.


31 Julai yang lalu setelah selesai segala urusan yang harus aku sudahkan... Aku terus meninggalkan kota Kuala Lumpur dengan perasaan bunga cinta yang makin merak.. Sekitar jam 6.45 petang akhirnya aku sampai ke destinasi yang dituju. Senyuman ikhlas yang diberikan membuatkan aku lupa kepenatan memandu hampir enam jam...

Keesokannya, aku dan dia bersiar-siar sekitar Pantai Tanjung Jara Resort, Pantai Kemasik dan Kemaman... Keindahan alam amat membahagiakan kami berdua..


Cuti begini aku dan dia mengambil peluang ini untuk menikmati keindahan alam yang terbentang luas... Bertemu rakan-rakan jua membangkit kerinduan..

Kusisipkan sekilas gambar percutian aku dan permata hatiku...

No comments:

Post a Comment