Hari ini ulangtahun kelahiran Putera Hatiku CM Zamri.. Kuharapkan kebahagiaan berpanjangan mewarnai dunia kami.. Dan aku juga harap kesabaran kami akan utuh takkan goyah walaupun badai datang melanda.. Rasa bahagia sangat.. Baru kusebut-sebut namanya pasti dia datang mengindahkan lagi hariku..
Selamat Hari Lahir Sayang... Ku amat menyayangi dirimu sepertimana kau amat mengasihi aku dalam tiap doamu...
Selamat Melayari Blog Yang Penuh Dengan Masa Silam, Impian dan Masa Hadapan
Unik, Simple, Photo, Cerita & Memori
Tuesday, July 28, 2009
Friday, July 24, 2009
Menjelang akhir Julai
Tak sangka kekasih hati yang amat dirindui sentiasa memberi kejutan.. Dia yang memang amat serius dan dunianya hanya bola dan kawan-kawan sepasukan. Ternyata dia amat istimewa dihatiku. Sikapnya yang sentiasa mempertahankan aku dan menjaga aku
Kesibukan Bekerja dan Belajar
Bergelar pelajar dan melalui alam kampus adalah suatu perkara yang amat dirindui. Walaupun baru 2 bulan meghinjak pengalaman praktikal dalam industri. Menyeronokan namun agak berbeza.. Sesungguhnya keriuhan suara rakan-rakan yang menyindir satu sama lain dan sesekali kedengaran suara pensyarah memecah keheningan gelak tawa anak muda rakan sekuliah.. Namun suasana itu mampu menggamit rasa rindu.
Alam pekerjaan, masing-masing dalam agenda sendiri. Tenggelam dalam arus kesibukan yang menuntut untuk membawa haluan sendiri. Itu lah keyakinan dan juga satu perjuangan yang tak pernah ada kesudahan dalam mengecapi kehidupan.

Thursday, July 23, 2009
Hidup dan Mati
Kehidupan kita ini amatlah singkat... Banyak yang belum terlaksana.. Namun tak pernah give up untuk berusaha.. kerana keyakinan diri mengatasi segalanya... Cuma harapan tak pernah melupakan soal agama dan pendidikan yang menjadi paksi pada tiang kehidupan.. Dalam hidup juga aku cuba belajar mengucap syukur pada tiap kurniaan yang aku dapat.. Cuma kekadang sebagai manusia sentiasa merasakan kekurangan... Namun itu bukan alasan untuk tamak dan irihati pada orang lain..
Kematian pula suatu yang hakiki. Kita pasti melaluinya sama ada cepat atau lambat. Selagi aku berupaya akan aku mengucapkan syukur AL-HAMDULLILAH.... Cuma sebagai insan yang lemah ku mengharap kematian itu tercipta terbaik untukku.. Ku pohon jauhi segala keaiban...
Namun aku hanya manusia lemah yang mampu berdoa pada setiap baki kehidupan yang ada.

Cinta Hatiku
bila mata mula kabur... hati berselirat pelbagai rasa... kadang pijak pada reality.. kadang fikiran ke angkasa... pdhal tak seindah biasa..teringat kembali kisah kiter..yang mula pudar ditelan masa... hakikatnya kerinduan tetap setia.. ingin melakar kisah yang bakal tercipta... cuma mulut terkunci seribu bahasa, hanya hati meruntun jiwa.. moga dia juga memahaminya.. walau kjauhan pemisahnya.. Hanya dia dihati.. CM Zamri.
Erti sahabat...
Sahabat, teman, kawan dan 'member' segalanya bagiku punya pandangan dan setiapnya berbeza.., Teman dia lah sentiasa disisi menemani kala kesedihan membeli jiwa, kala kedukaan bertapak nyata... teman dia jugak menghiburkan hati, membangkitkan tawa..dan dia juga yang mampu memecahkan sunyi menjadikan keceriaan mengisi tiap ruang...
Sahabat, bertapa kukuhnya erti sahabat, menbangkitkan rasa kasih yang berpanjangan.. diri ibarat lilin membiarkan dirinya dibakar namun memberikan cahaya untuk memerlukan.. diri tak pernah meminta balasan.. jauh sekali membangkitkan keresahan.. Kadang-kadang kehadirannya langsung tak disedari minda yang berputaran...
Kawan membawa keramaian dan kemeriahan begitu juga hanya memberi hiburan.. Datang mengundang taktala tawa bergetaran.. Namun makin menghilang saat diri kesusahan... Kawan dimana jua berpijak dalam keseronokan disitu datang berteman...
'Member' menghimpit taktala kebosanan melanda diri... kadang-kadang member mampu membantu... namun tak pernah melafaz janji setia bersama tiap waktu... Istimewa 'member' apabila kesedihan mampu buat diri melupakan seketika kekecewaan...
Namun pada kalian bergelar teman, sahabat, kawan dan member kehadiran kalian amat membahagiakan.. kerana kitasemua hanyalah manusia biasa yang berpegang pada prinsip-prinsip kehidupan...

Bermula disini...24 Julai 2009
Ketulusan dalam berperasaan dan ketulusan dalam melahirkan perasaan. Cuba memulakan setiap diari kehidupan yang telah lama tak terusik kerana desakan masa yang menuntut diri untuk bertanggungjawab pada impian yang tercipta. Kini permulaan yang bermula dari titik tolak ini akan membawa diri pada suatu episod yang baru...
Moga sentiasa dalam keredhaan ilahi yang sentiasa melimpahkan rahmat dalam hidup ini.
Moga sentiasa dalam keredhaan ilahi yang sentiasa melimpahkan rahmat dalam hidup ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)