Selamat Melayari Blog Yang Penuh Dengan Masa Silam, Impian dan Masa Hadapan

Unik, Simple, Photo, Cerita & Memori

Tuesday, July 3, 2012

Tinggal 44 days lagi....Bride to be...

Tinggal lagi 44 hari untuk bertukar status.. First of coz aku harapkan tiada apa-apa masalah melanda... Kena kuatkan hati dan perasaan, cekalkan diri, dan seangkatan dengannya...
Dan aku sangat teruja untuk melaluinya... 
Tarikh pun dah ditetapkan.... So kat sini aku nak share sket tips untuk ke arah weddy tu...
1. AMBIL KURSUS KAHWIN SIAP-SIAP...ini penting kalo dah ada planning untuk berkahwin, dah bertunang walau takde tarikh lagi takpe.. korang bawak jea bakal suami/isteri korang pergi kursus dulu bila ada masa CUTI... KENAPA?... sbbnya nanti bila dah ada tarikh, korang takde la gelabah nak kene arrange date untuk KURSUS....

2. Start la SAVING before bertunang lagi.. Walau KAHWIN korang mendapat TAJAAN dari FAMO (father mother)...Of coz bila buat preparation nanti banyak duit HANGUS yang akan dibelanjakan.. dari sebesar2 PELAMIN hingga la sekecil2 GULA-GULA.... Sbbnya, habis MAJLIS KAHWIN korang kan nak mula hidup BARU..ini pandangan aku la sebagai BRIDE to BE... :)  so must have a SAVING.. at least wang hantaran yang diberi sebagai hadiah untuk korang nanti takde la terusik utk bayar HUTANG-HUTANG HANGUS....

3. KURANGKAN KUAR DATING.... ahaks..knapa? Especially kat KAUM ADAM la... Kene kerja sungguh2 la kan.. dah pinang anak ORANG.. takkan nak bertunang bertahun2.. zaman skang orang kan dah tak tunang lama2..buang masa n duit.. lain la kalo bakal SUAMI/ISTERI korang tentera...kureng dating kureng la blanja dating.. tukarkan kepada konsep, gather bersama kuarga... sebnarnya ini amat bagus.. sbb aku pun praktikkannya... secara x langsung merapatkan hubungan INCIK/CIK TUNANG dengan family.. kiter pun akan jadi close dengan smua sdara mara pasangan kita....

4. RANCANG PERBELANJAAN KAHWIN... dh ada tarikh bulan nak dilangsungkan.. boleh la start survey butik2 yg tawarkan offer yang berpatutan dan sesuai dengan bajet kalian...with that korang akan dpt tao rate setiap butik... dan booked la awal2... 

5. KAD KAHWIN...nak save bajet buatla kedua pihak terus dalam satu kad.. banyak yang bagi pakej2 harga sesuai untuk weddy card.. lau kreatif can D.I.Y... macm aku.. hehe.. memandangkan aku ada skit talent untuk design kad so... kad weddy kami aku designkan.. tunjuk kepada beliau.. dan beliau stuju... printing la mengikiut kuantiti diperlukan.. nanti after weddy aku update gambar kad kawen kami.. Memandangkan belum sampai masa tak sesuai la nak update....hehehe...
ESTIMATE BAJET: RM 600++ (Tempahan dua pihak)
BAJET D.I.Y: RM 200++

6. BAJU PENGANTIN- TEMPAH la awal siap2.. Especially bila tarikh yg dipilih musim KAHWIN...tp lau nak beli siap punya pun banyak jea kat ONLINE.. so buat decision elok2... utk kami.. aku tempah baju untuk AKAD NIKAH n SAMBUT MENANTU shj...memandangkan dia nak buat pilihan colour sendiri.. so aku tolak ansur jea ngn en.TUNANG... janji dia selesa.. aku SIMPLE jea.. 
BAJET TEMPAHAN: Perempuan : RM 400++termasuk tudung utk dua pasang
BAJU TEMPAHAN: Lelaki: RM 320.00 untuk dua pasang....

7. BARANG-BARANG HANTARAN... cadangan aku..beli la barang yang korang akan guna.... 
Antara barang yang aku bley cadangkan untuk perempuan adalah, 

CINCIN/GELANG TANGAN/RANTAI.. 
aku pilih CINCIN sbb simbolik...aku nak sesuatu yang simple tapi ada makna....
CINCIN PERKAHWINAN kan sesuatu yang amat bermakna....macam orang dulu-dulu...hehehe..

TELEKUNG SOLAT, HANDBAG, PURSE, KASUT, JAM TANGAN, KAMERA, HANDPHONE, TUALA, KAIN PASANG....

lain-lain plak.. bahan2 makanan la..
KEK, COKLAT, SIREH...

8. PALING PENTING.... JURUNIKAH...n BORANG PERMOHONAN KAHWIN.. ini yang kene setle awal2.. at least paling lewat sebulan before berkahwin.. prosesnya ambil masa dalam 2 mggu gak...so siapkan DOKUMEN-DOKUMEN diperlukan....
BAJET BARANG-BARANG HANTARAN: RM 3,000++

9.Siapkan mental fizikal.. banyakkan baca buku-buku persiapan alam perkahwinan.. rohani, fizikal n mental kene la seiring.. taknak la JATUH SAKIT on weddy day.....

So itu skit sbnyak yg bleh dikongsi....
p/S: BRIDE TO BE-persiapan dalam progress.... :)

Wednesday, April 4, 2012

Aku Sudah Meninggalkan

Hari nie dah masuk 6 hari aku secara official dah jadi independent worker.
Seronoknya tak payah bayar cukai pendapatan untuk sementara waktu.... Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti biasa dan harap apa yang diusahakan macam yang dirancang.

Ceritanya, aku sedang mencari satu titik kepastian yang boleh mampu menyakinkan aku. Hidup ni memang penuh kesulitan tak pernah mudah dalam menempuh ujian.

Jalannya, jika kita berusaha penuh perjuangan pasti kejayaan yang gemilang jadi dakapan.

Caranya, sentiasa cuba positive meneroka peluang. Waaah, banyaklak idea datang mencurah2 macam hujan pun ada.. tapi jangan la hujan pulak yea..

Kesimpulannya, aku sedang melangkah kedepan mencari satu jawapan.....

Tuesday, February 28, 2012

Meninggalkan jauh, mengejar impian

Sedih ada, gembira pun ada... Apa yang sedih adalah bila aku akan meninggalkan tempat mencari rezeki sekarang.. dengan kawan2 sekerja yang semakin hari aku makin mengenali warna2 dorang smua.. bila keakraban tu dah mula kuat, tetiba aku terpaksa lak membuat keputusan meninggalkan.. tapi aku tetap positifkan diri, semua nie pasti ada hikmahnya, ganjaran besar pasti menanti orang yang sabar... tulah pegangan aku sejak dari dulu lagi.... Kalau diikutkan aku bukanlah seorang yang merancang tentang apa akan dilakukan.. aku lebih suka hidup ini ditentukan mengikut ketetapan Allah swt, dan aku sebagai hamba berusaha untuk lebih baik..dan menjadikan setiap ruang itu sebagai satu ruang untuk aku mendapatkan satu peluang yang baik....
28 Feb 2012- Aku dah pun hantar surat resign.. alasan aku hanya satu, aku tak mahu lagi berhijrah ke bandaraya...walhal Terengganu nie pun Bandaraya jugak.. cuma tak mahu berhijrah jauh dari sini.... aku mencari rezeki disini, kalau boleh biarlah aku mati disini jugak.. tu jea harapan aku.... :) Offer yang boss beri 3hb Feb lalu, aku biarkan tanpa jawapan pasti.. walau sebenarnya aku sangat pasti aku tak nak ke Shah Alam, kenapa dan mengapa biarlah jadi rahsia aku sahaja...Duit bukanlah segalanya bagi aku... yang penting adalah sentiasa disisi mak ayah aku....itu terbaik untuk aku buat keputusan terus disini... maka aku akan lepaskan jawatan yang aku pegang sejak dari habis study dulu...:)
Apa plan lepas ne, aku nak bernafas sepuas-puasnya....

Gembira aku adalah kerana aku dah lepas bebanan yang ditanggung, now aku perlu rancang untuk build kerjaya aku....bekerja dari rumah... lepas nie tak tahu la bile lagi aku bleh update blog aku nie.... sini je tempat aku nak luahkan rasa yang terbuku dihati.... Hope impian aku nak miliki bisnes sebelum kahwin ne tercapai la.....dannnnnnn...............yang palingggggggggg.........

Gembira jugak, sebab wedding aku pun dah tinggal 5 bulan lagi.... lepas ne dah bleh serius untuk kelengkapan perkahwinan.....banyak lagi belum beli... hurmmmmmm....tapi aku ada banyak masa...so bleh la buat pelan2....hope semua berjalan dengan lancar....

**********************************************
dah pukul satu....aku nak tido dulu la..aku masih ada baki 29 hari lagi untuk habiskan tugasan akhir.....so sok2 aku update lagi yea.....:)

**********************************************
sambung lagi hari nie... hari nie pepagi lagi aku dah terconggok kat opis ne... apa yang ada..langsung takde pew2... boring tu ada la... huhuu.. ingat nak buat collection today.. memandangkan tggal 28 hari lagi untuk pergi.... sedang aku duk menaip nie, aku terfikir jugak.. bile agaknya HR nak update status cuti aku nie....huhuhu....tak sabar nak meninggalkan..tapi risau jugak untuk memulakan........

Tapi aku terfikir jugak offer yang My Sweet Gurl Boss tanya semalam.. nak try buat news tak.. untuk liputan daerah... hurmmm aku pikir lelama.. aku nie ada skill menulis ke... kang silap haribulan lintang pukang news orang..hahahah.. lain nak sampaikan lain plak jadinya.. tak pasal aku t.... bile diskus ngn bonda semalam.. dia takde suruh takde lak halangnya... encik tunang pun sama jugak jawapannya.... PERSOALANNYA...adakah aku nak kerja di company nie lagi???? tahun nie pun dah nak masuk 26year bile bulan 7 ne melawat... jadinya...aku macam terpikir ini adalah masanya untuk aku set up sendiri.. kecil2 pun takpe..janji sentiasa syukur kan???? so agak2 apa jawapan aku nie yea.....:) huhuu berat mata memandang bersimpang siur lagi otak aku nie jump mencari konkusi...hehehe dah macam BUNKFACE lak...

Aku sebenarnya, tak sabar nak grab one new set PC, 2 PRINTER, and one hot stamping Machine.. one tabletop and one backdrop.....for 2 new spotlight kene tangguh dulu...sementara nie buat lighting sendiri dulu la.. hahaha... pakai lampu kalimantan n table lamp bleh??? hehehe...bajet ada untuk rolling dulu....huhu sementara dapat back up lelain nanti... tapi boleh la... sewa dah tak payah pk sangat bile bonda dgn snang hati bagi aku satu room untuk set up my work station...maklumla sebelum ne.. aku sumbat smua kat ruang beradu aku tue jea... so bile dah dapat GREEN LIGHT untuk work station.. ada la space untuk aku mencari ilham dan polish balik smua skill terpendam.. hahahaha..Betapa aku suka grafik.....and illustration....APRIL sabar k.. nanti aku dtg dapatkan ko.....:) -----> ini plan aku......so agak2 aku nak buat DECISION camne pasal career aku ne yea......BUNTU.....

p/S: aku rindukan zaman dak UITM yang penuh kacau bilau.. dan bile malam itu penuh penghayatan mengilhamkan idea.......SUMAIYAH RAHMAN, NURUL HAYATI ASRI dan HASLINDA MOHD NOOR..........betapa kalian aku rinduiiiiiii.............harap dapatlah korang dtg weddy aku nanti yea....

Saturday, January 7, 2012

Ikhtiar


Hidup satu perjuangan,
kekadang kita temui Kesulitan,
Kekadang kita temui Penyelesaian,
Namun kita tak sentiasa diuji,
Untuk melihat Ketabahan Hati,
Untuk melihat kerendahan diri,
Bukan erti kita tewas,
Bukan erti kita tumpas,
Tapi bangkitkah kita,
Tapi bangunkah kita,
Sedang kita rasa sepi,
Sedang kita rasa sendiri,
Sebenarnya sokongan sentiasa ada,
Sebenarnya semangat sentiasa ada,
Mendakap kita bersama,
Mendukung kita bersama,
Jangan mudah kalah dalam berjuang,
Jangan mudah rebah dalam berperang,
Selagi kita utuh berpegang,
Selagi kita kukuh bertapak,
Ikhtiar itu sentiasa ada,
Yakin pada yang Maha Esa,
Kita pasti akan berjaya....

Nukilan:: OddieShooterLens aka Nadia

Dusun Eco 20 Nov 2011


Lakonan pertama dan terakhir aku...ini pun kerana en Ferush, ketua pengarang tempat aku kerja.. kalo idak.. hahaha alamaknyer tak la berlakon jawab nyer... Pe yg mengelikan hati aku, sejak dr skolah lagi.. drama atau pentas ne bukan nasib aku la.. aku tak expert sngt ngn acting ne.. sbb seingat aku la.. aku memng jenis yg shy.. hahaha.. lagi pun aku tak suka ngn dunia glamer ne.. p ntah camne bile study kat U, aku termasuk lam MAsscom lak..hahahaha... p itulah yg bina keyakinan diri aku...
Ceritanya, gambar nie diambil masa Team Building Sehati Bersama di Dusun Eco Resort, pada N0v yang lalu..
---------------------------------------------------------------------------------
" Saya menganggap ini bukan satu kursus, tapi satu percutian yang memberi kenangan terindah dalam hidup saya.."

Sabtu, 07 Jan 2012...





Today, merupakan hari pertama dalam tahun nie aku start shoot balik pict. Setelah sekian lama otak ni dah bersawang dengan pemikiran yang sarat, dalam mengusahakan mencapai target kerja aku untuk akhir 2011. Tahun ni nak shooter landscape and flora and fauna.. Hope this can make me feel better disamping target dah makin meningkat lagi... Al maklum la, industri Creative kan dah makin meningkat... So kerja pun mao lebih la.. dalam entry kali nie, ada a few picture untuk January 2012.. yang aku dah 'tepek' sekeping dua... Hasilnya, mcm yg ada la.. aku tak edit pun.. sekadar main ngn iso and shutter sket... Itu pun aku duk keliling pusing rumah jea...sementara menunggu mak aku yng kuar pergi pasar....exercise kate aku.. haha.. kuar peluh setitik du... nak keluar jauh2 cuaca tak menentu sangat.. kire boleh la apa yang ada sekitar rumah....hehehe..next weekend kalo kesempatan nak juga kuar outing kat area dekat2 sini...

P/s: Setiap Ciptaan Allah swt adalah menarik dan mempunyai cerita dan pengertian yang tersirat disebaliknya.. Dan aku bersyukur....